Gesaan tersebut dikeluarkan oleh Jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying pada sidang media di Beijing pada 4 November lalu.
Panglima Tentera AS ke Korea Selatan, Vincent Brooks pada 3 November menyatakan bahawa AS akan menempatkan sistem THAAD di Korea Selatan dalam tempoh 8 hingga 9 bulan yang akan datang dan kerja penempatan itu dijadualkan diselesaikan pada separuh pertama tahun 2017. Keluasan pangkalan sistem THAAD di Korea Selatan dijangka lebih besar berbanding dengan pangkalan di Guam.
Berhubung dengan perkara itu, Hua menyataka bahawa tindakan AS untuk menempatkan sistem THAAD di Korea Selatan bukan sahaja memusnahkan keseimbangan strategik serantau, malah juga menjejaskan dengan teruk kepentingan strategi dan keselamatan negara-negara berkenaan di rantau ini, termasuk China. Hal ini melanggar usaha untuk memelihara keamanan dan kestabilan di Semenanjung Korea. China pasti akan mengambil langkah-langkah yang mustahak untuk mempertahankan kepentingan dan keselamatan negara.