Cari:
Presiden Xi Ucap Tahniah kepada Ban Ki Moon atas Penguatkuasaan Perjanjian Paris
2016-11-05 16:07:26 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengirim surat tahniah kepada Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki Moon atas penguatkuasaan Perjanjian Paris secara rasmi pada 4 November lalu.

Dalam surat tahniah itu, Presiden Xi menyatakan bahawa selaku negara pengerusi bagi Kumpulan 20 Negara (G20), China berusaha gigih untuk menggalakkan G20 buat julung kalinya mengeluarkan kenyataan pengerusi berhubung perubahan iklim global. Hal ini memberikan sokongan politik untuk mempercepat proses pemeteraian Perjanjian Paris.

Xi menegaskan, penguatkuasaan Perjanjian Paris membuka lembaran baharu untuk menjalankan kerjasama antara pelbagai negara dalam usaha menangani perubahan iklim.

Tambah Xi lagi, China yang berpegang teguh pada konsep pembangunan yang berorientasikan inovasi, koordinasi, hijau, terbuka dan berkongsi akan berusaha menggerakkan pembangunan secara kitar semula, hijau dan rendah korbon di samping mengambil langkah-langkah yang berkesan untuk mengatasi perubahan iklim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China