Cari:
PBB Rayakan Penguatkuasaan Perjanjian Paris
2016-11-05 15:07:45 CRI Cetak

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon mengadakan dialog dengan wakil pertubuhan kalangan rakyat untuk merayakan penguatkuasaan Perjanjian Paris mengenai usaha mengatasi perubahan iklim di ibu pejabat PBB semalam.

Sebelum dialog itu diadakan, Ban Ki-moon berkata kepada media bahawa Mesyuarat Persidangan Pihak-Pihak ke-22 (COP-22) Konvensyen Rangka Kerja PBB mengenai Perubahan Iklim (UNFCCC) bakal diadakan di Marrakesh, Maghribi pada 7 November. Masyarakat antarabangsa perlu memegang peluang ini dan menggunakan kaedah saintifik untuk mewujudkan keadaan yang lebih selamat dan pembangunan lestari di dunia.

Presiden Perhimpunan Agung PBB ke-71, Peter Thomsen dalam kenyataannya semalam menyatakan bahawa penguatkuasaan Perjanjian Paris merupakan saat yang bersifat sejarah bagi manusia kerana membawa harapan kepada usaha mengatasi perubahan iklim.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China