Cari:
Li Keqiang Hadiri Pertemuan Pemimpin China-Eropah Tengah dan Timur ke-5
2016-11-05 15:34:12 CRI Cetak

Atas undangan Perdana Menteri Republik Latvia, Perdana Menteri China Li Keqiang tiba di lapangan antarabangsa Riga Latvia pagi semalam untuk menghadiri pertemuan pemimpin China-Eropah Tengah dan Timur ke-5 serta mengadakan lawatan rasmi ke negara itu.

Li Keqiang menyatakan bahawa mekanisme "kerjasama 16+1" terus dikembangkan dan diperbaiki, dan telah membuahkan hasil yang ketara. Sekarang mekanisme ini telah menjadi platform penting bagi China dan negara-negara Eropah Tengah dan Timur untuk memperkukuh hubungan persahabatan tradisional dan mewujudkan pembangunan bersama. Berdasarkan situasi politik dan ekonomi antarabangsa dan serantau pada ketika ini, China bersedia untuk bersama-sama dengan pelbagai pihak berkenaan menjayakan pertemuan pemimpin, mengintensifkan "kerjasama 16+1" untuk menjadi peneraju baharu kepada pembangunan bersama pelbagai negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China