Menurut laporan Press Trust of India (PTI), Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kematian seorang pemimpin kumpulan militan al-Qaeda dalam serangan udara di timur laut Afghanistan bulan lalu, sekali gus menjadi satu tamparan hebat kepada kumpulan pengganas di negara itu.
Setiausaha Akhbar Pentagon, Peter Cook mengesahkan, Faruq al-Qatani terbunuh dalam serangan yang dijalankan oleh tentera AS pada 23 Oktober lalu di Kunar, Afghanistan.
Menurut Cook, al-Qatani adalah pemimpin kanan al-Qaeda di kawasan timur Afghanistan dan salah seorang dalang utama serangan pengganas yang dilancarkan terhadap AS.
Pentagon telah memburu al-Qatani selama empat tahun dan pemimpin kumpulan pengganas itu dilaporkan mempunyai hubungan rapat dengan Osama bin Laden.
(Sumber: Bernama Malaysia)