Cari:
Sokongan terhadap Trump Meningkat
2016-11-06 14:31:32 CRI Cetak

Laporan undian pilihan raya Amerika Syarikat yang menunjukkan sokongan terhadap Donald Trump semakin meningkat, telah memaksa Hillary Clinton menumpukan perhatiannya dengan mengadakan perhimpunan di negeri-ne­geri yang disifatkan boleh 'menang mudah' dan bukan lagi merayu kepada pengundi yang berada 'di atas pagar' .

Menurut laporan wakil portal BBC, pasukan kedua-dua calon itu kini memberi tumpuan kepada usaha meraih lebih ramai penyokong ketika seramai 37 juta telah mengundi awal, setakat ini.

Menurut laporan RealPClearPolitics, pada masa ini, Trump telah mendahului Hillary di Ohio manakala di Pennsylvania, Hillary pula hanya menang tipis terhadap Trump.

Berdasarkan undian kebangsaan, Trump mengukuhkan ke­dudukan berbanding Hillary sejak minggu lalu malah momentum itu juga telah membantunya di beberapa buah negeri yang sokongannya berada 'di atas pagar'.

(Sumber: Utusan Online Malaysia)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China