Cari:
Rusia Tidak Ambil "Langkah Antisekatan" terhadap Sekatan Baharu EU, AS
2016-11-06 15:31:25 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Rusia tidak merancang untuk mengambil "langkah-langkah antisekatan" terhadap sekatan baharu yang mungkin akan dikenakan oleh Kesatuan Eropah dan Amerika Syarikat (AS), kerana perlumbaan sekatan seperti ini tidak akan berkesan.

Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev berkata demikian ketika menerima wawancara khas "Saluran Kedua" Israel pada 5 November lalu.

Medvedev berkata, Rusia telah mengambil langkah-langkah yang mustahak sebagai tindak balas terhadap sekatan yang dikenakan oleh AS dan EU pada tahun-tahun kebelakangan ini. Sekatan bukanlah tindakan yang positif, dan Rusia tidak menyokong mengenakan sekatan ke atas mana-mana negara.

Medvedev menambah, Rusia bersiap sedia untuk membaik pulih hubungan Rusia dengan AS. Namun, hal ini bergantung kepada pendirian yang dipegang oleh kerajaan baharu AS selepas pilihan raya Presiden yang dijadualkan diadakan pada 8 November depan.

Tidak kira sesiapa pun menyandang jawatan Presiden AS, Rusia akan membina hubungan yang normal dan bersifat konstruktif dengan AS berdasarkan prinsip Undang-Undang Antarabangsa dan prinsip pembinaan dunia bersifat multipolar.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China