Cari:
NPC ke-12 Bahaskan Draf Tafsiran Fasal No.104 Undang-Undang Asas Hong Kong
2016-11-06 15:37:04 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Mesyuarat ke-24 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 membahaskan draf tafsiran fasal No. 104 bagi Undang-Undang Asas Wilayah Pentadbiran Khas Hong Kong yang digubalkan oleh NPC pada petang 5 November lalu.

Para wakil NPC yang menghadiri mesyuarat kali ini berpendapat, membuat tafsiran berhubung fasal No.104 Undang-Undang Asas Hong Kong adalah tepat pada waktunya dan sangat mustahak berikutan kemunculan tindakan provokasi dan kegiatan kekerasan yang mendukung "kemerdekaan Hong Kong" di Hong Kong pada tahun-tahun kebelakangan ini.

Para peserta sebulat suara berpendapat, pentafsiran undang-undang yang dibuat oleh NPC mempunyai kesahan sama dengan Undang-Undang Asas Kong Kong. Hal ini diyakin bermanfaat untuk memelihara kewibawaan Undang-Undang Asas dan kestabilan masyarakat Hong Kong pada masa depan. Draf tafsiran NPC tersebut mestilah dipatuhi oleh jabatan-jabatan pentabiran, perundangan dan kehakiman Hong Kong.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China