Cari:
Li Keqiang Sampaikan Ucap Tama dalam Forum Ekonomi dan Perdagangan China-Eropah Tengah dan Timur ke-6
2016-11-06 14:15:29 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang bersama-sama dengan pemimpin dari 16 buah negara Eropah Tengah dan Timur menghadiri Forum Ekonomi dan Perdagangan China-Eropah Tengah dan Timur ke-6 di Latvia petang semalam waktu tempatan.

Dalam ucap tama beliau pada forum itu, Li Keqiang menyatakan bahawa, mekanisme "kerjasama 16+1" semakin matang dalam tempoh lima tahun yang lalu. Pelbagai pihak berkenaan telah mengumpulkan pengalaman yang amat bernilai untuk dipergunakan dalam jangka masa yang panjang. Li Keqiang turut mengeluarkan lima cadangan untuk memperluas kerjasama yang pragmatik antara China dengan negara Eropah Tengah dan Timur dalam pelbagai bidang. Cadangan tersebut termasuk memperluaskan skop perdagangan dua hala, mempercepat pembentukan kesalinghubungan, mengintensifkan kerjasama kapasiti pengeluaran, menjalankan inovasi terhadap model kerjasama kewangan, meneroka potensi kerjasama industri pelancongan.

Dalam forum itu, Li Keqiang juga memperkenalkan situasi ekonomi China dan menganggap ekonomi China berkeupayaan mengatasi pelbagai kesukaran, potensi perkembangan ekonomi China amat besar dan mampu mengekalkan trend pertumbuhan yang sederhara dan pesat serta dapat ditingkatkan ke tahap yang sederhana dan tinggi. China berharap pelbagai pihak berusaha bersama-sama untuk membina hubungan perkongsian baharu yang bersifat keterbukaan, toleransi, saling menguntungkan dan menang-menang untuk menghadapi masa depan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-Eropah Tengah dan Timur yang lebih cerah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China