Cari:
Presiden Korea Selatan Dituntut Letak Jawatan
2016-11-06 14:23:33 CRI Cetak

Berpuluh-puluh ribu rakyat Korea Selatan mengadakan perhimpunan di pusat Seoul semalam untuk menggesa Presiden Park Geun-hye meletakkan jawatan berkait dengan skandal "kawan rapat campur tangan dalam hal ehwal negara".

Bermula pada pukul 4.00 petang semalam, penunjuk perasaan berkumpul di lapangan Gwanghwamun di pusat Seoul untuk mengadakan aktiviti termasuk berarak di jalan raya, wakil menyampaikan ucapan dan perhimpunan nyalaan lilin. Pihak penganjur menyatakan bahawa terdapat 200 ribu orang menyertai aktiviti itu. Namun menurut maklumat daripada pihak polis, demonstrasi itu dianggarkan disertai kira-kira 45 ribu orang.

Menurut laporan media, selain Seoul, tunjuk perasaan juga diadakan di Gwangju, Gyeongju, Daegu,Busan dan Jeju pada hari yang sama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China