Cari:
Kabinet Greece Komited kepada Pertumbuhan Ekonomi dan Peningkatan Taraf Hidup Rakyat
2016-11-06 15:08:33 CRI Cetak

Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras dan beberapa anggota Kabinet menyatakan bahawa kabinet baharu akan memberi tumpuan kepada tugas pemulihan ekonomi dan peningkatan taraf hidup rakyat.

Selepas majlis angkat sumpah kabinet baharu Greece di pejabat Presiden berakhir semalam, Perdana Menteri Alexis Tsipras melalui media sosial menyatakan bahawa pihaknya telah memperoleh peluang untuk bertolak semula bagi merancakkan pertumbuhan ekonomi.

Banyak anggota Kabinet menyatakan kepada media bahawa kabinet baharu akan mempercepat pembaharuan berkenaan dan memimpin negara keluar dari belenggu krisis hutang yang telah berlangsung selama tujuh tahun.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China