Cari:
Perjanjian Paris Berkuatkuasa 4 November
2016-11-07 14:47:25 CRI Cetak

Perjanjian Paris untuk menangani perubahan iklim global mula berkuatkuasa pada 4 November lalu. Menurut statistik, sehingga 1 November lalu, sebanyak 92 pemateri yang telah meluluskan perjanjian tersebut. Jumlah pelepasan gas rumah hijau pihak-pihak pemateri menduduki 65.82% daripada jumlah pelepasan global. Kadar ini telah memenuhi piawaian bagi penguatkuasaan Perjanjian Paris.

Wakil khas China bagi hal ehwal perubahan iklim, Xie Zhenhua menyatakan bahawa China telah memainkan peranan kunci bagi pencapaian, penandatanganan dan penguatkuasaan Perjanjian Paris. Beliau berkata,

"Kerajaan China telah memberikan sumbangan besar, khususnya menyelesaikan beberapa perselisihan yang besar bagi meletakkan asas Perjanjian Paris. Bermula sekarang, China akan berusaha mengadakan perbincangan dengan pelbagai pihak terlibat mengenai pelan pelaksanaan perjanjian tersebut supaya mencapai konsensus dalam Persidangan Murakush."

Persidangan Murakush merupakan sidang pihak-pihak pemateri ke-22 Konvensyen Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) yang diadakan pada 7 November ini. Siri peraturan dan rangka Perjanjian Paris akan dibincangkan dalam persidangan kali ini. pelbagai negara pula akan mengemukakan matlamat sumbangan masing-masing. Antaranya China akan komited mencapai puncak pelepasan karbon dioksida menjelang 2030.

Naib Pengarah Pusat Pengajian Strategik Perubahan Iklim dan Kerjasama Antarabangsa China, Zou Ji menyatakan bahawa China komited mencapai puncak pelepasan karbon dioksida pada masa yang lebih awal dengan jumlah yang lebih kecil berbanding dengan negara-negara maju sebelum ini. Ini merupakan sumbangan China kepada seluruh umat manusia.

Pada waktu yang sama, China juga berusaha untuk mengurangkan pelepasan karbon akhir-akhir ini. Sementara itu, struktur sumber tenaga turut diperbaiki sehingga penggunaan sumber tenaga bukan fosil banyak menurun.

Zou Ji berpendapat bahawa seiring dengan perubahan model pertumbuhan ekonomi China, negara ini akan terus mengubahsuai struktur sumber tenaga, struktur industri dan menghadapi perubahan iklim dengan cara pembangunan berterusan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China