Cari:
FBI: Tiada Dakwaan Jenayah terhadap Hillary
2016-11-07 14:11:52 CRI Cetak

Biro Siasatan Persekutuan (FBI), Ahad lalu, bertegas dengan pendirian awal bahawa tiada dakwaan jenayah dikeluarkan terhadap calon Presiden Amerika Syarikat dari Parti Demokrat, Hillary Clinton, kerana menggunakan pelayan e-mel peribadi untuk urusan kerajaan.

Pengarah FBI, James Comey dalam surat kepada Kongres menyatakan bahawa agensi itu telah selesai menyemak semula e-mel yang baru diterima dan mendapati tiada sebab untuk mengubah pendirian mereka yang dibuat pada Julai lalu.

Keputusan itu bermakna Hillary tidak akan berdepan dengan sebarang tuduhan jenayah.

Comey sebelum ini membuat pendedahan kepada Kongres bahawa FBI menemui maklumat baharu dalam isu siasatan skandal e-mel Hillary.

Makluman kepada Kongres itu dinyatakan 11 hari sebelum hari pengundian, dan tindakan itu mendapat kecaman pihak Demokrat.

Julai lalu, siasatan FBI mendapati bahawa calon Demokrat itu cuai ketika mengendalikan dokumen sulit semasa menggunakan pelayan e-mel peribadi untuk tujuan rasmi, namun didapati tidak melakukan sebarang jenayah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China