Ekspo Penerbangan dan Aeroangkasa Antarabangsa ke-11 melabuhkan tirainya di bandar Zhuhai, provinsi Guangdong semalam, setelah termeterainya kontrak bernilai USD40 bilion (MYR168.29 bilion) yang melibatkan 187 buah pesawat.
Ekspo yang berlangsung dari 1 hingga 6 November itu disertai lebih kurang 700 syarikat pengeluar kapal terbang dari 42 negara dan kawasan, seperti Airbus dan Boeing, sekali gus menarik kehadiran kira-kira 400,000 pengunjung.
Sepanjang ekspo berkenaan, pesawat J-20, iaitu jet pejuang kalis radar yang tercanggih di China, dipertontonkan buat kali pertama, di samping 151 pesawat lain, manakala pesawat kargo Y-20 buatan China juga dipamerkan kepada khalayak umum.