Cari:
NPC Lulus Tafsiran Undang-Undang Asas Hong Kong
2016-11-07 15:42:43 CRI Cetak

Mesyuarat dwibulanan ke-24 Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC) ke-12 berakhir di Beijing pagi tadi setelah meluluskan beberapa dokumen rasmi antaranya termasuklah tafsiran Perkara 104 Undang-Undang Asas Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong yang digubal oleh NPC pada 5 November lalu.

Tafsiran tersebut memiliki kuasa yang sama dengan Undang-Undang Asas Hong Kong, dan diyakini penting demi mempertahankan kewibawaan Undang-Undang Asas dan kestabilan masyarakat setempat.

Pentafsiran yang dibuat NPC itu dianggap tepat pada waktunya dan sangat penting berikutan terdapat cubaan untuk merosakkan ketenteraman masyarakat Hong Kong oleh segelintir penghasut "kemerdekaan Hong Kong".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China