Cari:
Harga minyak Dunia Meningkat
2016-11-07 16:33:51 CRI Cetak

Harga minyak meningkat dalam dagangan awal pagi ini, dengan peniaga menyatakan peluang pembelian susulan penurunan mendadak minggu lalu di tengah-tengah asas pasaran yang terus lemah.

Niaga hadapan minyak mentah antarabangsa Brent diniagakan pada USD45.92 menjelang 0119 GMT, menokok 34 cent, atau 0.75 peratus berbanding penutup sebelumnya.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) turun 0.40 cent, atau 0.91 peratus pada USD44.47 satu tong.

Peniaga berkata, pemacu harga utama menjadi satu peluang belian susulan penurunan harga minggu lalu yang juga paling mendadak sejak Januari dan paras terendahnya sejak Ogos. Fundamental pasaran keseluruhan kekal lemah.

Penganalisis berkata, rancangan pemotongan output yang akan diputuskan pada mesyuarat 30 November ini daripada negara Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pengeluar bukan OPEC seperti Russia berdepan halangan.

Butiran bagi setiap negara masih kekal mencabar untuk dipersetujui. Iraq menambah pengeluaran manakala Arab Saudi meminta pengecualian. Russia masih menunggu di luar dan tiada satu anggota bukan OPEC menyatakan hasrat untuk mengurangkan output.

(sumber Berita Harian)

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China