Cari:
Ulang Tahun ke-5 Pusat China-ASEAN
2016-11-07 11:38:56 CRI Cetak

Majlis menyambut ulang tahun ke-5 penubuhan Pusat China-ASEAN diadakan di Beijing minggu lalu. Utusan Khas Kementerian Luar China atas urusan Asia, Sun Guoxiang, Duta Besar Laos ke China, Vandy Bouthasavong, Duta-duta Besar Brunei, Kemboja, Indonesia dan Singapura, Kuasa Usaha sementara Kedutaan Besar Filipina, diplomat dan perwakilan dari Myanmar, Thailand, Vietnam dan negara lain turut menghadiri majlis tersebut.

Sun Guoxiang telah membaca ucapan tahniah oleh Menteri Luar China, Wang Yi dalam majlis itu. Wang Yi menyanjung tinggi kejayaan cemerlang yang dicapai oleh Pusat China-ASEAN dalam lima tahun lalu.

Menurut beliau, Pusat China-ASEAN telah menjadi wadah penting dalam menggalakkan interaksi dan kerjasama antara China dengan negara ASEAN, dan memberikan sumbangan besar demi perkembangan hubungan China-ASEAN.

Wang Yi menyatakan bahawa tahun ini merupakan ulang tahun ke-25 terjalinnya hubungan dialog dan tahun interaksi pendidikan China-ASEAN. Dalam 25 tahun lalu, kedua-dua pihak saling menghormati, memahami, dan mempercayai, dan memberikan sokongan antara satu sama lain, sehingga mencapai hasil cemerlang dan memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua pihak.

Tahun depan merupakan ulang tahun ke-50 penubuhan ASEAN. Ini akan menjadi batu tanda dalam sejarah ASEAN. China mengutarakan hubungan dengan ASEAN, sentiasa memberikan sokongan kepada pembinaan Komuniti ASEAN dan kedudukan teraju ASEAN dalam kerjasama serantau. Kedua-dua pihak perlu memperluas konsensus kerjasama, mengintensifkan perkongsian strategik, menaiktarafkan hubungan rakan strategik dan terus menymbang kepada pembangunan dan kemakmuran serantau.

Ketua Setiausaha Pusat China-ASEAN, Yang Xiuping ketika berucap pada majlis itu turut merakamkan terima kasih atas perhatian dan sokongan kerajaan China dan pelbagai negara ASEAN. Menurutnya, Pusat China-ASEAN menyelesaikan lebih 100 projek berkenaan dan menganjur atau menyertai lebih 500 aktiviti dalam lima tahun lalu. Pihaknya akan terus berusaha untuk menggalakkan persahabatan antara China dengan ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China