Cari:
Persidang Perubahan Iklim PBB ke-22 Diadakan di Marrakesh
2016-11-08 12:24:02 CRI Cetak

Persidangan pihak-pihak pemateri ke-22 Konvensyen Rangka Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFCCC) telah diadakan di Marrakesh, selatan Maghribi pada 7 November lalu. Ini persidangan pihak-pihak pemateri kali pertama setelah Perjanjian Paris berkuatkuasa.

Peserta dari lebih 190 buah negara dan kawasan akan membincangkan butiran tentang pelaksanaan Perjanjian Paris.

Menteri Luar Maghribi yang juga pengerusi persidangan kali ini, Salaheddine Mezouar dalam upacara perasmian persidangan menyatakan bahawa cara menetapkan peraturan supaya Perjanjian Paris dapat dilaksanakan secara berkesan, merupakan topik utama persidangan ini. Beliau berkata,

"Persidangan ke-21 sudah menetapkan pelan dan piawaian bagi kerajaan pelbagai negara terlibat, maka matlamat persidangan kali ini adalah untuk membuat satu mekanisme yang dapat melibatkan semua pihak berkenaan untuk melaksanakan pelan dan piawaian tersebut. Inilah kewajipan dan tanggungjawab kita bagi generasi yang akan datang. Maghribi akan berusaha bersama-sama dengan kumpulan persidangan ini untuk mendorong dialog dan rundingan pelbagai pihak terlibat secara terbuka dan telus serta menjalankan pelbagai kerja, program dan kerjasama yang berkaitan dengan perubahan iklim."

Sebanyak 197 pemateri UNFCCC telah mencapai Perjanjian Paris pada Disember tahun lalu. Setakat ini, 100 buah negara telah menyertai perjanjian itu. Satu matlamat penting perjanjian ini ialah jumlah pelepasan gas rumah hijau global mencapai tahap puncak dengan secepat mungkin supaya mengawal suhu udara global di bawah dua darjah Celsius lebih tinggi berbanding dengan zaman Revolusi Industri.

Naib Ketua delegasi China bagi persidangan Marrakesh, Xie Ji memberitahu wartawan bahawa delegasi China telah secara aktif menyertai sidang penyelarasan pendirian kumpulan negara membangun dan Kumpulan 77+China sebaik tiba di Marrakesh. Beliau berkata,

"Negara-negara membangun berharap negara maju dapat menunaikan janji untuk menghulurkan bantuan kepada negara membangun termasuk bantuan bernilai USD100 bilion. Dalam bantuan modal pula, China memberi bantuan menerusi rangka kerjasama Selatan-Selatan supaya membantu negara membangun mencapai matlamat mengurangkan pelepasan bagi meningkatkan kemampuan mereka dalam menghadapi perubahan iklim."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China