Cari:
Pilihan Raya AS Bermula
2016-11-08 16:05:45 CRI Cetak

Penduduk di Kampung Dixville Notch di negeri New Hampshire menjadi pengundi terawal dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS), saat pusat mengundi di sana dibuka tepat pada pukul 12.00 tengah malam 8 November waktu tempatan.

Pecutan terakhir kempen ke Rumah Putih menyaksikan calon Demokrat, Hillary Clinton dan calon Republikan, Donald Trump meneruskan kempen di negeri-negeri yang bersaing sengit.

Tinjauan pendapat BBC hari terakhir kempen menunjukkan, Clinton kini mendahului dengan empat mata pada 48 peratus, manakala Trump pada 44 peratus.

Sehingga kini 43 pengundi sudah menunaikan tanggungjawab dalam proses pengundian awal.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China