Cari:
Kapal "Chengho" China Melawat Indonesia
2016-11-08 12:50:34 CRI Cetak

Majlis jamuan yang meriah telah diadakan di kapal "Chengho" Tentera Laut China yang melawat ke Indonsia malam semalam.

Penasihat Menteri dari Kedutaan Besar China ke Indonesia, Sun Weide, Pengerusi Kolej Kapal Dalian Tentera Laut China yang juga komander kapal "Chengho", Mejar Jeneral Yan Zhengming, pegawai tinggi tentera laut Indonesia, dan kira-kira 500 orang keturunan Cina Indonesia, perantau China dan perwakilan perusahaan China di negara itu telah menyertai majlis tersebut.

Mejar Jeneral Yan Zhengming ketika menyampaikan ucapan menyatakan bahawa China dan Indonesia antara negara jiran yang mempunyai sejarah persahabatan tradisional. Pada 600 tahun lalu, pelayar tersohor China, Chengho pernah melawat ke Indonesia dan memulakan sejarah hubungan antara kedua-dua negara ini. Ini merupakan kali ketiga kapal "Chengho" melawat Indonesia. Lawatan ini sudah tentu akan mewariskan tradisi, memperkukuh rasa saling mempercayai, merapatkan persahabatan dan mempergiat kerjasama kedua-dua pihak.

Penasiha Menteri dari Kedutaan Besar China ke Indonesia, Sun Weide pula menyatakan bahawa kapal "Chengho" pernah melawat ke Surabaya pada tahun 2012 dan 2014. Ini kali pertama melawat ke Jakarta. Pada beberapa tahun kebelakangan ini, pasukan tentera laut China dan Indonesia semakin mempergiat kerjasama dan mencapai kemajuan dalam latihan tenaga profesional, latihan bersama kelengkalan dan teknikal, keselamatan maritim dan keselamatan multilateral. Dalam pada itu, interaksi bersahabat antara tentera kedua-dua negara turut meningkat, khususnya lawatan kapal tentera laut. Kapal Indonesia telah melawat ke China sebanyak lima kali, manakala China turut menghantar hampir 20 buah kapal melawat Manado, Jakarta, Surabaya dan Mabuan Bajo di Indonesia. Lawatan kapal "Chengho" kali ini tentu akan meningkatkan persefahaman antara rakyat kedua-dua negara, sekali gus menggalakkan interaksi dan memperkukuh persahabatan antara kedua-dua negara ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China