Cari:
Rizab Pertukaran Asing China Turun Empat Bulan
2016-11-09 14:32:45 CRI Cetak

Menurut data terkini yang diumumkan Bank Pusat China, rizab pertukaran asing China pada Oktober lalu berjumlah USD3.12 trilion, menurun USD45.727 bilion berbanding dengan September lalu. Rizab pertukaran asing China mengalami penurunan selama empat bulan berturut-turut.

Apabila menjelaskan sebab penurunan rizab pertukaran asing, Pengarah Institut Penyelidikan Pelaburan Pertukaran Asing China, Tan Yaling berpendapat bahawa selain situasi pasaran, pengubahsuaian struktur rizab pertukaran asing dan langkah pengawalan, perubahan situasi perdagangan luar China juga antara faktor utama. Beliau berkata,

"Penurunan rizab pertukaran asing ada kaitan dengan situasi perdagangan luar negara ini. Menurut statistik terkini, indek import dan eksport masih mencatatkan angka negatif. Kemampuan memperoleh pertukaran asing dianggap faktor utama yang menyebabkan kekurangan rizab pertukaran asing."

Pada waktu yang sama, susut nilai mata wang bukan dolar Amerika pada Oktober lalu menyebabkan perubahan harga aset dan turut membawa impak kesan penilaian.

Naib Dekan Kolej Kewangan Universiti Renmin China, Zhao Xijun berkata,

"pelaburan dolar Amerika menempati bahagian terbesar dalam rizab pertukaran asing China yang bebas daripada kesan penilaian. Manakala kira-kira 30% ialah pelabuaran bukan dolar Amerika. Disebabkan jangkaan peningkatan faedah simpanan dolar Amerika dan pemulihan ekonomi Amerika Syarikat (AS), nilai dolar Amerika telah naik berbanding mata wang yang lain. Ini menyebabkan kemerosotan nilai mata wang asing bukan dolar Amerika. Kemerosotan aset tersebut berjumlah kira-kira 20 hingga 30 bilion dolar Amerika."

Sementara itu, pilihan raya presiden AS dan Britain keluar dari Kesatuan Eropah (EU) telah mendatangkan pengaruh besar terhadap pasaran kewangan yang menyebabkan individu dan korporat menambah simpanan mata wang asing untuk menghadapi risiko.

Tan Yaling berpendapat bahawa walaupun begitu, rizab pertukaran asing China masih mencukupi dari segi keupayaan bayaran hutang asing dan import.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China