Cari:
Kuasa Asing Tiada Hak Campur Tangan Urusan Hong Kong
2016-11-09 15:11:07 CRI Cetak

China mengingatkan sesetengah kuasa asing supaya tidak mencampuri urusan dalaman Hong Kong dan menyalurkan bantuan dalam apa-apa jua bentuk kepada kelompok penghasut "kemerdekaan Hong Kong".

Jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang mengulangi pendirian tegas tersebut dalam sidang media di Beijing semalam, berikutan komen negatif Kementerian Luar Britain dan Jabatan Negara AS mengenai tafsiran Perkara 104 Undang-Undang Asas Wilayah Pentadbiran Khas (SAR) Hong Kong yang diluluskan dalam suatu mesyuarat Kongres Rakyat Kebangsaan China (NPC), baru-baru ini.

Tegas beliau, pentafsiran yang dibuat kerajaan China itu adalah selaras dengan Perlembagaan dan tindakan tersebut merupakan urusan dalaman China.

Sebarang campur tangan asing dalam hal ehwal negara China mesti dihindari.

Cubaan segelintir penghasut "kemerdekaan Hong Kong" untuk memecahbelahkan perpaduan masyarakat setempat dengan bantuan kuasa asing merupakan ancaman yang paling besar kepada dasar "Satu Negara, Dua Sistem" yang diamalkan di Hong Kong pada masa ini.

Lu menggesa negara-negara berkenaan supaya mengotakan janji yang telah dibuat dahulu, iaitu berhati-hati sebelum bertindak dan tidak memberikan sebarang sokongan kepada kumpulan prokemerdekaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China