Cari:
Latihan Tentera Jepun-AS Dipersoalkan
2016-11-09 15:10:24 CRI Cetak

Latihan tentera bersama Jepun-Amerika Syarikat (AS) selama 13 hari sedang diadakan di kawasan perairan sekitar Jepun. Sebagai salah satu acara dalam latihan itu, Pasukan Pertahanan Diri Jepun dan tentera AS buat kali pertama melaksanakan latihan tentera bersama yang melibatkan kandungan Undang-undang Keselamatan baharu Jepun di Okinawa Isnin lalu. Walaupun Kementerian Pertahanan Jepun kerap kali menegaskan bahawa latihan ini "bersifat rutin", manun masih dipersoalkan orang ramai.

Latihan bersama yang dimulakan pada 30 Oktober itu berkod "pedang tajam". Latihan yang diadakan dua tahun sekali selepas tahun 1986 ini antara latihan tentera bersama berskop paling besar antara Jepun dengan AS. Kira-kira 11 ribu anggota tentera AS dan 26 ribu anggota Pasukan Pertahanan Diri Jepun mengambil bahagian dalam latihan itu. Dalam pada itu, 260 buah pesawat pejuang dan 20 buah kapal mengikuti latihan pendaratan amfibia dan pertahanan peluru berpandu di sekitar Jepun, Okinawa, pulau Guam, pulau Tinain, dan kepulauan Mariana utara.

Walaupun Kementerian Pertahanan Jepun kerap kali menegaskan bahawa latihan ini "bersifat rutin", namun beberapa kandungan yang sensitif termasuk "meninggalkan pulau dan merebut kembalinya" dipersoalkan orang ramai. Setelah Undang-undang Keselamatan baharu berkuatkuasa, latihan tentera kali ini buat kali pertama melibatkan kandungan "keadaan darurat" yang bertujuan untuk meningkatkan keupayaan Pasukan Pertahanan Diri Jepun demi memberikan "sokongan dan bekalan dari barisan belakang" kepada tentera AS.

Menurut ulasan Agensi Berita Kyoto Jepun, Undang-undang Keselamatan Baharu mulai digunakan dalam operasi pasukan antara Jepun dan AS, selain memberikan asas demi lingkungan "sokongan dan bekalan dari barisan belakang" pasukan pertahanan diri Jepun diperluaskan ke seluruh dunia.

Menurut penganalisis, kerajaan Abe berniat memperluas pengaruh pasukan pertahanan diri Jepun melalui saluran latihan tentera untuk menggalakkan pemindaan perlembagaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China