Cari:
China dan Rusia Perkasakan Hubungan Kerjasama
2016-11-09 15:07:41 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang menemui Presiden Rusia, Vladimir Putin di Istana Kremlin petang semalam.

Li menyampaikan ucapan salam Presiden Xi Jinping kepada Putin. Menurut beliau, China dan Rusia merupakan tetangga dan rakan kerjasama strategik komprehensif yang paling besar.

Hubungan dan kerjasama antara kedua-dua negara terus berkembang dan telah mencapai pelbagai hasil yang bukan sahaja bermanfaat bagi kedua-dua pihak, malah untuk kedamaian, kestabilan dan pembangunan sejagat.

China dan Rusia perlu melaksanakan dengan bersungguh-sungguh persepakatan yang telah dicapai oleh para pemimpin kedua-dua negara, di samping berusaha untuk meningkatkan hubungan ke tahap baharu.

Putin pula berkata, kerjasama antara kerajaan kedua-dua negara berjalan dengan lancar. Pertemuan kali ini berjaya memperkasakan kerjasama pragmatik antara kedua-dua pihak. Rusia bersedia untuk meningkatkan pelaburan bilateral serta memperkukuh kerjasama dengan China dalam pembinaan kereta api berkelajuan tinggi (HSR) dan kewangan

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China