Masyarakat antarabangsa berharap dapat melipatgandakan usaha dengan kerajaan baharu Amerika Syarikat (AS) dalam menghadapi cabaran bersama dan membangunkan dunia yang aman, selepas dikhabarkan mengenai kemenangan calon Parti Republikan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden AS.
Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dalam kenyataan berkata, beliau berharap agar AS dapat terus memainkan peranan penting dalam pelbagai urusan antarabangsa, di samping menyumbang kepada kerjasama antarabangsa yang melibatkan isu perubahan iklim, pelaksanaan Agenda Pembangunan Mampan 2030 dan lain-lain.
Presiden Rusia, Vladimir Putin juga melahirkan harapan untuk bekerjasama bagi menamatkan krisis yang melanda hubungan Rusia dan AS.
Sementara itu, Perdana Menteri Jepun, Shinzo Abe menyifatkan ikatan Jepun-AS sebagai sekutu yang tidak mudah goyah.
Beliau berharap agar barisan kerajaan pimpinan Trump akan terus menyokong peranan Jepun dalam usaha menjaga keamanan dan kemakmuran Asia Pasifik.