Cari:
Presiden Xi Berbual dengan Angkasawan
2016-11-10 11:41:29 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengadakan tinjauan di Pusat Arahan Program Angkasa Lepas Kendalian Manusia China di Beijing dan berbual dengan Jing Haipeng dan Chen Dong, dua angkasawan China yang sedang menjalankankan tugas di makmal angkasa lepas Tiangong-2 melalui telefon.

Beliau mengucapkan salam kepada mereka, melahirkan harapan agar mereka dapat menyelesaikan tugas dengan jayanya.

Pada pukul 4.20 petang semalam, Presiden Xi Jinping tiba di Pusat Arahan Program Angkasa Lepas Kendalian Manusia. Keadaan serentak dalam Tiangong-2 disiarkan pada skrin elektronik. Jing Haipeng dan Chen Dong kelihatan sedang melakukan ujian teknik.

Presiden Xi menyaksikan ujian tersebut sebelum menghubungi dua angkasawan yang sudah berada di makmal Tiangong-2 selama 22 hari.

China berjaya melancarkan makmal angkasa lepas Tiangong-2 pada 15 September lalu. Satu bulan selepas itu, kapal angkasa lepas Shenzhou-11 yang membawa dua orang angkasawan itu dilancarkan dengan jayanya. Ini antara langkah persiapan untuk membina stesen angkasa kendalian manusia oleh China sendiri.

Pada awal pagi 19 Oktober lalu, kapal Shenzhou-11 berjaya bercantum dengan Tiangong-2.

Menurut rancangan, Jing Haipeng dan Chen Dong akan berada di ruang angkasa lepas selama 33 hari untuk menjalankan tugas dan ujian yang dijadualkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China