Cari:
China Peringati Ulang Tahun Kelahiran Ke-150 Sun Yat-sen
2016-11-12 14:28:55 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping, yang juga merangkap Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) menyatakan bahawa penghormatan terbaik kepada Dr. Sun Yat-sen ialah dengan berusaha meremajakan semula negara ini seperti yang diimpikan oleh Bapa Revolusi China tersebut.

Xi ketika menyampaikan ucaptama pada majlis memperingati ulang tahun kelahiran Sun yang ke-150 di Beijing, Jumaat lalu, menegaskan bahawa cara yang terbaik untuk memperingati Sun Yat-sen ialah dengan mempelajari dan menyemarakkan semangat beliau yang tidak ternilai dalam menyatukan semua golongan yang boleh disatukan serta menggerakkan usaha meremajakan semula China seperti yang diimpikan beliau.

Dilahirkan pada 1866, mendiang Dr. Sun Yat-sen merupakan pemimpin revolusi yang dihormati kerana memainkan peranan penting dalam menumbangkan sistem pemerintahan beraja di China, dan pengasas Republik China, yang sepanjang hayatnya sama sekali tidak berganjak dari perjuangan untuk mewujudkan kemerdekaan dan perpaduan bangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China