Cari:
China Lancar Satelit Meteorologi
2016-11-12 14:46:04 CRI Cetak

China melancarkan satelit meteorologi, Yunhai-1 dengan jayanya di Pusat Pelancaran Satelit Jiuquan di provinsi Gansu, barat laut China, pada pukul 7.14 pagi tadi.

Yunhai-1 itu dibawa ke angkasa dengan menggunakan roket Long March-2 D, iaitu misi ke-240 yang dijalankan oleh roket pembawa model Long March berkenaan.

Dihasilkan oleh Akademi Pengkajian Teknologi Penerbangan Angkasa Shanghai, satelit tersebut akan digunakan untuk melakukan pencerapan atmosfera, sekitaran ruang angkasa dan maritim, mitigasi bencana dan ujian saintifik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China