Cari:
Nasib TPPA Ditentukan Trump
2016-11-13 13:57:52 CRI Cetak

Presi­den Amerika Syarikat (AS), Barack Obama mendakwa, nasib Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) akan ditentukan Presiden yang baru dipilih, Donald Trump.

Rumah Putih semalam berkata, pentadbiran Obama akan menggantung usaha untuk mendapatkan kelulusan Kongres bagi Perjanjian TPPA sebelum Donald Trump mengambil alih jawatan Presiden, biarpun perjanjian berkenaan besar maknanya bagi ekonomi dan keselamatan negara, dan penting juga untuk mempertahankan kedudukan AS di rantau Asia Pasifik.

Difahamkan, Obama akan cuba menjelaskan keadaan sebenar kepada para pemimpin daripada 11 buah negara lain berkaitan TPPA minggu depan apabila beliau menghadiri Sidang Kemuncak Kerjasama Ekonomi Asia-Pasifik (APEC) di Peru.

Kerajaan Obama telah bertungkus lumus melobi Kongres bagi meluluskan perjanjian TPPA selepas pilihan raya Presiden, namun kemenangan mengejut Trump mengu­bah peranca­ngan beliau. Oleh itu, nasib perjanjian berkenaan terpulang kepada budi bicara Trump.

Rabu lalu, Pe­mimpin Majoriti Senat Republikan, Mitch McCon­nell berkata, pihaknya tidak akan mencampuri sebarang urusan berkaitan TPPA dan nasib TPPA bergantung kepada pemimpin berkenaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China