Cari:
Ratusan Ribu Pemprotes Desak Presiden Park Letak Jawatan
2016-11-13 14:17:53 CRI Cetak

Bantahan rakyat Korea Selatan terhadap kepimpinan Presiden Park Guen-hye semakin meluas.

Sebilangan besar penunjuk perasaan menyertai satu protes antikerajaan yang terbesar di Seoul pada Sabtu lalu, bagi menuntut peletakan jawatan Presiden Park atas skandal politik yang melibatkan seorang rakan karibnya.

Polis menganggarkan jumlah peserta pada angka 260,000, tetapi penganjur berkata satu juta orang turun ke jalan raya Seoul dalam siri perhimpunan ketiga sejak tiga minggu lalu.

Protes yang bermula pada pukul 3.00 petang semalam itu dijangka merupakan yang terbesar dalam masa puluhan tahun yang lalu.

Kawasan Gwanghwamun menjadi lokasi untuk perhimpunan, di mana peserta menyalakan lilin sambil melaungkan slogan menyeru Park berundur, manakala sebilangan penunjuk perasaan mogok duduk berdekatan Blue House, yang menyebabkan kesemua jalan-jalan besar dan kecil sekitar disekat.

Perhimpunan kali ini menyaksikan peserta dari pelbagai latar belakang termasuk pelajar, golongan buruh, petani, pesara dan pasangan muda yang berhimpun bersama anak-anak mereka.

Skandal yang mencengkam Presiden Park tertumpu kepada rakan karibnya, Choi Soon-sil.

Choi, 60, disyaki menggunakan hubungan rapat dengan Presiden Park untuk memaksa syarikat-syarikat termuka memberi derma besar kepada yayasan yang ditubuhkannya bagi kepentingan peribadi.

Wanita itu juga dituduh mencampuri urusan kerajaan walaupun tidak menyandang sebarang jawatan dalam kerajaan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China