Cari:
52 Terkorban, Letupan di Masjid Sufi, Pakistan
2016-11-13 14:23:42 CRI Cetak

Seramai 52 orang terkorban dan 102 lagi cedera dalam letupan bom di sebuah masjid ahli Sufi di wilayah Baluchistan, barat daya Pakistan, lewat malam Sabtu lalu.

Jurucakap dari wilayah Baluchistan memberitahu bahawa letupan itu berlaku ketika kira-kira 500 orang sedang melakukan upacara pemujaan, acara harian yang berlangsung di keramat Shah Bilal Noorani.

Lokasi masjid Sufi tersebut terletak di kawasan pergunungan daerah Khuzdar, kira-kira 350 kilometer dari selatan ibu kota wilayah, Quetta. Usaha menyelamat terhalang akibat jalan raya sempit dan cuaca gelap.

Setakat ini, tiada sebarang kumpulan mendakwa bertanggungjawab dalam insiden letupan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China