Cari:
Rusia Tumpas Kumpulan Pengganas
2016-11-13 14:25:22 CRI Cetak

Perkhidmatan Keselamatan Persekutuan Russia (FSB) mengumumkan bahawa pihaknya berjaya menumpaskan satu kumpulan pengganas yang disyaki mempunyai kaitan dengan kumpulan militan Daesh kerana berkomplot melakukan serangan bersenjata di Moscow dan St. Petersburg.

Menurut FSB, terdapat 10 orang suspek dari Asia Tengah telah ditahan dalam operasi bersama yang dijalankan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri Rusia, Tajikistan dan Kyrgyzstan. Mereka yang cuba melakukan rentetan tindakan sabotaj profil tinggi dan keganasan di kedua-dua bandar tersebut, memberi keterangan untuk berhubung dengan pemimpin Daesh.

Dikatakan, kumpulan itu disyaki berkomplot membunuh orang awam dalam tempat awam sesak dengan menggunakan senjata automatik dan peranti letupan buatan tangan.

Ketika serbuan berkenaan, FSB telah merampas empat bom buatan serta peranti letupan, senapang, peluru dan peralatan komunikasi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China