Menurut kenyataan yang diumumkan Kementerian Luar Syria semalam, pihaknya membantah resolusi yang diluluskan oleh Pertubuhan Larangan Senjata Kimia (OPCW) untuk menjalankan pemeriksaan terhadap kemudahan dan agensi yang berkenaan di wilayah negara itu.
OPCW meluluskan resolusi pada 11 November lalu yang mendakwa bahawa tentera kerajaan Syria dan kumpulan ekstremis Negara Islam (IS) menggunakan senjata kimia di negara itu. Resolusi tersebut menyokong agar pemeriksaan dijalankan terhadap kemudahan ketenteraan dan agensi penyelidikan sains di wilayah Syria.