Cari:
Park Geun-hye akan Disoal
2016-11-14 13:50:24 CRI Cetak

Pihak pendakwa raya Korea Selatan semalam mengumumkan bahawa siasatan terhadap Presiden, Park Geun-hye yang terlibat dengan skandal teman rapatnya, Choi Soon-sil campur tangan dalam pemerintahan, akan dijalankan selewat-lewatnya pada 15 atau 16 November ini.

Menurut penganalisis berkenaan, pihak pendakwa raya akan terus menyoal presiden untuk mengetahui sama ada beliau terlibat dengan penubuhan dan pengumpulan dana dua syarikat milik Choi Soon-sil, dan penglibatan beliau dalam mendedahkan dokumen kerajaan kepada Choi Soon-sil.

Setelah skandal itu muncul, semakin banyak rakyat negara itu mahu Park Geun-hye meletakkan jawatan Presiden Korea Selatan. Tunjuk perasaan besar-besaran disertai beberapa puluh ribu penduduk telah diadakan di pusat Seoul untuk meminta Park Geun-hye bertanggungjawab terhadap skandal itu dan meletakkan jawatan serta merta.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China