Cari:
Liputan Media ASEAN Fokus Pembangunan Anhui
2016-11-14 13:21:26 CRI Cetak

Program liputan media yang membabitkan media arus perdana dari China dan sepuluh negara ASEAN dirasmikan di bandar Hefei, provinsi Anhui pada 7 November lalu.

Dalam tempoh selama enam hari, rombongan seramai 40 orang wartawan itu telah membuat liputan ke beberapa tempat di provinsi Anhui, antaranya termasuk bandar Hefei, Fuyang, Bozhou dan Chuzhou.

Semua wartawan asing kagum melihat kemajuan Anhui dalam inovasi teknologi dan perkembangan industri berkelebihan pada beberapa tahun kebelakangan ini. Mereka berjanji akan memanfaatkan platform media masing-masing untuk melaporkan pembangunan sosioekonomi Anhui, di samping memainkan peranan sewajarnya untuk mendorong kerjasama antara negara mereka dengan Anhui dan provinsi-provinsi lain China.

Anhui merupakan salah sebuah provinsi China yang mempunyai keupayaan tinggi dalam inovasi teknologi. Dalam tahun-tahun kebelakangan ini, provinsi itu giat menggunakan hasil inovasi teknologi untuk memajukan industri suara pintar dan rumah pintar. Kini, usaha tersebut telah membuahkan hasil yang menggalakkan.

Para wartawan turut berkunjung ke pangkalan industri teknologi suara pintar yang ditubuhkan di Anhui lima tahun lalu. Mereka dimaklumkan bahawa teknologi suara pintar boleh diguna pakai dalam bidang telekomunikasi, kewangan, pendidikan, automotif, peralatan rumah dan barang mainan. Teknologi itu telah menjadi platform penting bagi masa depan usahawan. Kini, terdapat lebih 50 buah perusahaan suara pintar dan kepintaran buatan di pangkalan tersebut.

Menurut rancangan, jumlah pengguna produk suara pintar dan kepintaran buatan di situ akan mencatat satu bilion orang, dengan skala perindustrian mencatat RMB50 bilion menjelang tahun 2017. Angka itu dijangka meningkat kepada 1.5 bilion orang dengan skala perindustrian RMB100 bilion menjelang tahun 2020. Pada masa itu, pangkalan berkenaan akan menjadi hab industri suara pintar terbesar yang bertaraf dunia di China.

Selain itu, kerajaan tempatan juga memperkenalkan dasar untuk menggalakkan usahawan melaksanakan inovasi serta meningkatkan penyelidikan dan pembangunan (R&D) komponen utama kenderaan dan peralatan.

Semasa berada di Anhui, rombongan wartawan tersebut juga melawat ke kampung Xiaogang yang merupakan tempat bermulanya pembaharuan luar bandar China, mengunjungi beberapa tempat bersejarah, selain melihat senaman aerobik tempatan yang unik dan menikmati teh Huangshan.

Kemesraan penduduk Anhui dan kemajuan sosioekonominya meninggalkan impresi yang mendalam kepada media ASEAN.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China