Dalam majlis Anugerah Governors ke-8 yang dianjurkan Akademi Seni Filem dan Sains Amerika Syarikat di Los Angeles pada 12 November lalu, pelakon China Jackie Chan bersama-sama dengan penyunting filem British Anne V Coates, pengarah filem Lunn Stalmaster dan pembuat dokumentari prolifik, Federick Wiseman diberikan anugerah kehormat atas sumbangan mereka kepada dunia filem. Jackie Chan merupakan orang Cina pertama yang memperoleh anugerah itu.