Cari:
Rakyat Perancis Ambil Iktibar Serangan Ganas
2016-11-14 13:56:04 CRI Cetak

13 November lalu merupakan hari memperingati ulang tahun pertama serangan keganasan di Paris, yang mengorbankan sekurang-kurangnya 130 orang. Kerajaan Perancis telah mengadakan siri aktiviti demi memperingati mangsa.

Bermula pukul 9.00 pagi, Presiden Perancis, François Hollande berkunjung ke beberapa tempat yang digegarkan serangan setahun lalu untuk menyampaikan penghormatan kepada mangsa.

Agenda Hollande bermula di stadium Stade de France. Di sana, beliau telah merasmikan tugu peringatan, meletakkan bunga dan bertafakur bersama-sama rakyat selama seminit sebagai tanda dukacita.

Tugu serupa yang tercatat jumlah kematian dan nama mangsa turut didirikan oleh kerajaan di setiap tempat yang berlaku serangan.

Selepas berkunjung ke Ia Bonne Bière dan le Comptoir Voltaire, Hollande bersama-sama Perdana Menteri, Manuel Valls dan Datuk Bandar Paris, Anne Hidalgo meneruskan agenda ke Bataclan bagi menghadiri aktiviti yang terakhir.

Genap setahun lalu, seramai 90 orang terkorban dalam serangan di teater Bataclan, yang memaksa teater itu ditutup setahun. Pada malam 12 November lalu, barulah teater tersebut dibuka semula.

Pada tengah hari, Presiden Hollande mengetuai rakyat Perancis melepaskan belon ke udara sebagai tanda mengenang mereka yang terkorban.

Aktiviti tersebut bukan sahaja telah memberi peluang kepada rakyat Perancis untuk berkongsi kesedihan, malah saat bagi mereka mempamerkan perpaduan bangsa.

Stesen TV tempatan, BFM mengulas dalam liputan langsung aktiviti itu bahawa sepanjang setahun lalu, Perancis telah mengalami perubahan, antaranya lebih banyak yang positif. Negara itu yang mengambil iktibar daripada serangan berkenaan, telah meningkatkan langkah berjaga-jaga. Bagi rakyat pula, tragedi itu tidak menjadi penghalang bagi mereka terus bergerak ke hadapan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China