Gempa bumi berukuran 7.5 skala Richter menggegarkan New Zealand Ahad lalu.
Perdana Menteri New Zealand, John Key mengesahkan bahawa dua orang terkorban dalam bencana itu.
Dalam pada itu, Jabatan Pertahanan Awam mengeluarkan amaran tsunami terhadap kawasan pantai dari timur ke selatan di negara itu. Penduduk yang tinggal di pulau selatan dan pantai timur pulau utara dinasihati berpindah ke tempat yang lebih tinggi.