Cari:
Xi Hubungi Trump Melalui Telefon
2016-11-14 14:58:47 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menghubungi Donald Trump yang baru memang dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat (AS) melalui telefon hari ini.

Xi mengucapkan tahniah kepada Trump yang dipilih sebagai Presiden AS yang baharu. Beliau berkata, hubungan China dan AS terus berkembang sejak terjalinnya hubungan diplomatik 37 tahun dahulu. Hubungan baik ini memberikan manfaat kepada rakyat kedua-dua negara, dan membantu untuk menggalakkan keamanan, kestabilan, dan kemakmuran dunia.

Beliau berkata, kerjasama ialah satu-satunya pilihan yang betul bagi China dan AS. Kini, kerjasama China dan AS mempunyai peluang yang penting dan berpotensi besar pada masa ini. Kedua-dua negara ini perlu meningkatkan penyelarasan, menggalakkan pembangunan ekonomi negara sendiri dan dunia, mempergiat kerjasama dan interaksi dalam pelbagai bidang, memberikan lebih banyak manfaat kepada rakyat, dan mengintensifkan hubungan dua hala.

Trump pula berkata, beliau bersetuju dengan pandangan Presiden Xi tersebut. China ialah sebuah negara besar dan penting. Pembangunan China yang berprospek cerah menjadi tumpuan perhatian orang ramai. AS dan China boleh mewujudkan situasi menang-menang.

Beliau berkata, pihaknya komited berusaha bersama-sama dengan China untuk memperkasakan kerjsama antara kedua-dua negara ini. Beliau melahirkan keyakinan agar hubungan AS dengan China tentu akan berkembang baik.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China