Cari:
Jepun, Korea Selatan Tandatangan Draf Perjanjian Perlindungan Maklumat Perisikan Ketenteraan
2016-11-15 11:23:29 CRI Cetak

Jepun dan Korea Selatan telah menandatangani draf Perjanjian Perlindungan Maklumat Perisikan Ketenteraan di Tokyo semalam.

Setelah perjanjian yang sudah ditunda selama empat tahun itu ditandatangani secara rasmi, kedua-dua negara tersebut dapat secara langsung berkongsi maklumat perisikan ketenteraan, termasuk nuklear dan peluru berpandu Republik Rakyat Demokratik Korea (DPRK), tanpa melalui Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan media Jepun, perjanjian tersebut dijangka akan ditandatangani secara rasmi menjelang penghujung tahun ini.

Ketua Setiausaha Kabinet Jepun, Yoshihide Suga dalam sidang akhbar menyatakan bahawa kerjasama antara Jepun dengan Korea Selatan amat penting bagi menghadapi masalah nuklear dan peluru berpandu DPRK. Jepun bersedia terus mendorong kerjasama keselamatan dengan Korea Selatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China