Cari:
Putin dan Trump Bincang Hubungan Dua Hala
2016-11-15 11:24:26 CRI Cetak

Presiden Rusia, Vladimir Putin menghubungi bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump melalui telefon semalam, membincangkan hubungan Rusia-AS.

Istana Kremlin mengeluarkan kenyataan yang menyebut bahawa Putin menyatakan kesediaan Rusia untuk membina hubungan "dialog rakan" dengan kerajaan baharu AS berdasarkan prinsip sama rata, saling menghormati dan tidak mencampur tangan dalam hal ehwal negara masing-masing.

Putin dan Trump berpendapat bahawa perkembangan hubungan Rusia-AS kini tidak memuaskan. Oleh itu, kedua-dua pihak berharap untuk menjalankan kerjasama yang membina bagi mendorong hubungan dua hala menjadi normal, di samping menjalankan interaksi yang positif mengenai beberapa masalah.

Mereka juga telah menegaskan peri pentingnya tindakan untuk merapatkan hubungan ekonomi dan perdagangan, bersama-sama membanteras pengganas dan melampau antarabangsa.

Selain itu, Putin dan Trump turut membincangkan isu Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China