Cari:
Ekonomi China Kekal Mapan
2016-11-15 16:14:02 CRI Cetak

Data terkini mengenai pengeluaran perindustrian, pelaburan dalam aset tetap serta pelaburan dan jualan hartanah bagi Oktober lalu, yang dikeluarkan Biro Statistik Negara (NBSC) semalam, menunjukkan ekonomi China terus mapan.

Sehubung dengan itu, jurucakap NBSC, Mao Shengyong menyatakan bahawa China mampu mencapai sasaran pertumbuhan ekonomi sebanyak 6.5% pada tahun ini.

Menurut data tersebut, pada bulan Oktober lalu, nilai tambah industri berskala besar meningkat 6.1% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, yang turut menyumbang kepada kenaikan perolehan untung korporat berkenaan. Di samping itu, jumlah jualan runcit barangan pengguna mencatat RMB3.1 trilion, meningkat 10%.

Dalam tempoh antara Januari hingga Oktober pula, pelaburan dalam aset tetap mencecah RMB48.4 trilion, naik 8.3% berbanding dengan tempoh yang sama tahun lalu, dan kadar pertumbuhannya adalah 0.1% lebih tinggi daripada sembilan bulan pertama tahun ini. Sektor perkhidmatan menerima aliran masuk pelaburan yang lebih tinggi daripada sektor-sektor lain, manakala penanaman modal dalam hartanah semakin pulih.

Mao menyatakan bahawa ekonomi China meneruskan momentum pertumbuhan yang kukuh, dengan prestasi pelbagai sektor kekal baik. Hasil tinjauan menunjukkan, kadar pengangguran di bandar-bandar besar kekal di bawah 5%, di samping 10.67 juta peluang pekerjaan baharu ditawarkan di bandar dan pekan pada tiga suku pertama tahun ini.

Selain itu, faktor positif yang mempengaruhi ekonomi China seperti penambahbaikan struktur ekonomi, momentum pertumbuhan dan unjuran pasaran, juga semakin bertambah.

Mao menjangkakan pertumbuhan ekonomi China akan terus kukuh pada suku tahun keempat. Sasaran pertumbuhan ekonomi antara 6.5% hingga 7% bagi keseluruhan tahun ini mampu direalisasikan.

Beliau bagaimanapun menegaskan bahawa kini ekonomi China masih berhadapan dengan kesukaran berikutan persekitaran dalaman dan luaran yang rumit serta asasnya yang masih kurang kukuh. Langkah-langkah yang lebih efektif perlu diambil demi menjamin kemampanan ekonomi negara.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China