
Bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump akan mengotakan janjinya untuk menghantar balik atau memenjarakan kira-kira tiga juta pendatang haram di negara itu dan mendirikan tembok atau pagar sempadan dengan Mexico.
Dalam wawancara bersama rancangan 60 Minutes oleh saluran CBS, beliau berkata, mereka yang akan dihantar pulang ialah pendatang haram yang mempunyai rekod jenayah seperti anggota kumpulan samseng dan pengedar dadah.








