Kesatuan Eropah (EU) semalam memutuskan untuk memasukkan Gabenor Bank Pusat Syria dan 17 menteri kerajaan negara itu dalam senarai sekatan "orang yang menumpaskan orang awam secara kekerasan".
Mereka akan disekat keluar masuk negara EU dan aset mereka di EU akan dibekukan.
Setakat ini, jumlah dalam senarai nama itu meningkat kepada 234 orang.
Kerajaan Syria pimpinan Bashar al-Asad dipulaukan oleh negara Barat selepas krisis tercetus di negara itu pada tahun 2011. EU mengenakan perintah embargo senjata terhadap Syria sejak Mei 2011 dan kerap kali meningkatkan lingkungan sekatan.