Cari:
Internet Bantu Jana Pembangunan China
2016-11-16 16:50:41 CRI Cetak

Persidangan Internet Dunia ke-3 yang bertemakan "Pembangunan Internet Dipacu Inovasi Demi Faedah Semua: Bina Komuniti Berkongsi Masa Depan di Ruang Siber" dibuka tirai di Wuzhen, provinsi Zhejiang, timur China hari ini.

Persidangan selama tiga hari ini akan mempamerkan pencapaian China dalam pembangunan internet serta kemajuan teknologi internet global.

Pakar menyatakan bahawa internet berkembang pesat di China sejak diperkenalkan pada tahun 1994, yang turut membantu memacu pembangunan sosioekonomi dan kebudayaan negara ini selain mengubah gaya hidup masyarakat.

Ahli Akademi Kejuruteraan China, Wu Hequan berkata, penerapan teknologi internet memberi impak besar kepada corak pembangunan ekonomi China. Penjanaan ekonomi digital yang diwakili internet telah membawa kepada revolusi teknologi perindustrian, meningkatkan daya saing perusahaan dan menggalakkan transformasi struktur ekonomi.

Menurut statistik firma penyelidikan internet, iResearch, perolehan pendapatan China daripada sektor ekonomi internet buat kali pertama melebihi RMB1 trilion pada tahun lepas, meningkat 47.3% berbanding dengan tempoh yang sama tahun sebelumnya.

Ekonomi internet, yang semakin banyak menyumbang kepada keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), masih berpotensi besar untuk terus berkembang maju.

Di samping itu, inovasi internet turut membangkitkan kesediaan syarikat perusahaan untuk menyertai tadbir urus sosial. Ambil syarikat insurans dalam talian, Zhongtuobang sebagai contoh. Dalam tempoh lebih 80 hari sejak beroperasi pada bulan Julai lalu, syarikat tersebut telah menarik keanggotaan 3 juta pengguna, yang dapat dilindungi insurans untuk lebih seratus jenis penyakit termasuk kanser dengan hanya membayar 1 yuan. Mod inovasi seperti itu benar-benar menguntungkan mereka yang tiada perlindungan penuh insurans kesihatan.

Teknologi internet juga menyediakan platform yang lebih luas kepada pelaksanaan skim keusahawanan dan ivonasi dalam kalangan rakyat, dan membolehkan lebih ramai orang berkongsi hasil pembangunan ekonomi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China