Cari:
Tadbir Urus Ruang Siber Penting
2016-11-17 14:56:30 CRI Cetak

Persidangan Internet Dunia ke-3 dibuka tirai di Wuzhen, provinsi Zhejiang, timur China semalam, dengan penyertaan lebih 1,600 pegawai kerajaan, wakil pertubuhan antarabangsa, usahawan Internet, pakar dan sarjana dari lebih 110 buah negara dan wilayah.

Presiden China, Xi Jinping dalam ucapannya menerusi rakaman video menekankan peri pentingnya memperkasakan kerjasama antarabangsa dalam tadbir urus ruang siber serta membina komuniti berkongsi masa depan di ruang siber.

Beliau menyatakan bahawa kemajuan teknologi Internet telah mengubah corak kehidupan umat manusia, dan pada masa yang sama turut mengundang peluang dan cabaran baharu.

Sambil menyifatkan perkembangan Internet tiada batasnya, Xi turut menzahirkan kesediaan China untuk bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa demi memperjuangkan kesejahteraan seluruh rakyat, di samping menjunjung konsep kedaulatan ruang siber serta menjadikan sistem tadbir urus ruang siber global lebih adil dan munasabah.

Para peserta bersependapat bahawa pembangunan Internet sejagat sudah memasuki fasa baharu. Dunia perlu menggembleng tenaga untuk menangani pelbagai risiko dan cabaran, sekali gus mewujudkan ruang siber yang saling hubung, berkongsi dan ditadbir urus bersama.

Dalam pada itu, penasihat khas Forum Ekonomi Dunia, Fadi Chehade menyatakan bahawa situasi menang-menang adalah asas kepada perkembangan Internet pada masa depan. Isu tadbir urus yang dititikberatkan oleh China penting demi merealisasikan ruang siber yang sihat, selamat, terbuka dan teratur.

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Pusat Maklumat Internet China, setakat bulan Jun tahun ini, kadar penggunaan Internet di China mencecah 51.7%, dengan jumlah netizen sebanyak 710 juta, termasuk 656 juta pengguna telefon pintar.

Di sebalik kepesatannya, perkembangan Internet juga berdepan dengan banyak masalah. Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Lenovo, Yang Yuanqing menyeru supaya corak tadbir urus yang inovatif diwujudkan untuk menangani masalah-masalah tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China