Cari:
Lawatan Presiden Xi Akan Tingkatkan Hubungan China-Ecuador ke Tahap Baharu
2016-11-17 11:21:23 CRI Cetak

Ecuador merupakan destinasi pertama dalam lawatan Presiden China, Xi Jinping ke Amerika Latin. Presiden Ecuador, Correa ketika diwawancara oleh wartawan baru-baru ini telah menyatakan bahawa lawatan Presiden Xi ini dijangka akan meningkatkan hubungan kedua-dua negara ke suatu tahap yang baharu. Ecuador bersedia mengintensifkan hubungan rakan strategik dengan China.

Beliau berkata, bencana gempa bumi menggegarkan Ecuador pada 16 April lalu. Kerajaan China segera menghulurkan bantuan kepada negara itu. "Saya ingin mengambil peluang ini, mengucapkan terima kasih kepada rakyat China. Kami berasa sungguh teruja dan gembira terhadap lawatan Presiden Xi kali ini ", kata beliau.

Presiden Correa berpendapat bahawa hubungan rakan strategik telah dijalinkan antara kedua-dua negara pada 2015, dan kini hubungan Ecuador dan China sedang berada pada masa terbaik dalam sejarah.

"Hubungan kedua-dua negara yang diwujudkan berdasarkan prinsip sama rata dan saling menghormati ini telah mencapai hasil yang memuaskan". Beliau yakin bahawa lawatan Presiden Xi kali ini pasti akan mendorong kerjasama hakiki pelbagai bidang kedua-dua negara mencapai taraf yang lebih tinggi.

Beliau menegaskan bahawa China telah memainkan peranan yang penting dalam hal ehwal antarabangsa. Hubungan persahabatan dengan China selaras dengan kepentingan asas Ecuador.

Beliau berkata, pelaburan China telah membantu negara itu menyelesaikan kekurangan modal dalam pembinaan kemudahan pengangkutan di negara itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China