Sempena mengadakan lawatan rasmi ke Ecuador, Presiden China, Xi Jinping telah menulis artikel yang bertajuk "Bina Jambatan Baharu Kerjasama Persahabatan China-Ecuador" dan disiarkan melalui akhbar "the telegraph" Ecuador semalam.
Dalam karangan tersebut, Presiden Xi berkata, "atas undangan Presiden Rafael Correa Delgado, saya akan mengadakan lawatan rasmi ke Ecuador. Ini merupakan kali pertama Presiden China melawat ke negara itu sejak terjalinnya hubungan diplomatik antara kedua-dua negara. Saya datang ke sini dengan membawa persahabatan rakyat China dan hasrat baik untuk mengembangkan hubungan kedua-dua negara. Saya berharap dapat membina jambatan kerjasama persahabatan yang baharu antara China dengan Ecuador.
Dalam tempoh 36 tahun sejak terjalinnya hubungan diplomatik, kedua-dua negara ini saling memahami, menyokong, membantu, dan mewujudkan kesalingpercayaan politik dan persahabatan yang mendalam. China menyokong rakyat Ecuador mencari jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan negara sendiri, menyokong usaha Ecuador untuk merealisasikan pembangunan kepelbagaian ekonomi dan terus memainkan peranan positif dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau.
Saya bersedia bersama-sama dengan Presiden Correa serta rakan-rakan pelbagai lapisan masyarakat Ecuador untuk mendorong hubungan China-Ecuador ke tahap yang lebih tinggi.