Cari:
Artikel Presiden Xi Jinping Disiarkan Melalui Akhbar Peru
2016-11-18 11:47:45 CRI Cetak

Sempena mengadakan lawatan rasmi ke Peru, Presiden China, Xi Jinping telah menulis artikel yang bertajuk "Merealisasikan Impinan Pembangunan 100 Tahun, Menjalankan Kerjasama Baharu". Artikel beliau telah disiarkan melalui akhbar "El Comercio" Peru semalam.

Dalam artikel tersebut, Presiden Xi telah mengimbau kembali sejarah pertukaran dan persahabatan China-Peru, dan menegaskan bahawa sejak hubungan diplomatik dijalinkan 45 tahun yang lalu, kedua-dua negara ini saling menghormati kepentingan asas masing-masing yang telah mencapai kesalingpercayaan politik yang kukuh. Ini merupakan batu asas yang penting bagi perkembangan hubungan China-Peru.

Kini kedua-dua negara telah menjalinkan hubungan rakan strategik komprehensif. Manakala perdagangan antara kedua-dua negara ini pada 2015 mencatat USD15 bilion yang mencatat rekod baharu.

Presiden Xi telah mengeluarkan beberapa cadangan untuk mengembangkan hubungan China-Peru. Pertama, kedua-dua pihak perlu terus mengintensifkan kesalingpercayaan politik. China menyokong Peru mencari jalan pembangunan yang selaras dengan keadaan negara sendiri, bersedia bertukar-tukar pengalaman pentadbiran negara dengan Peru supaya mencapai hasil yang lebih cemerlang dalam pembinaan negara masing-masing.

Kedua, kerjasama yang pragmatik perlu terus diperluas untuk merealisasikan pembangunan dan kemakmuran bersama.

Ketiga, China dan Peru perlu terus meningkatkan kerjasama dan pertukaran dalam bidang kebudayaan, pendidikan, sains dan teknologi, dan pelancongan.

keempat, kedua-dua pihak perlu meningkatkan kerjasama dalam hal ehwal antarabangsa dan serantau untuk melindungi kepentingan bersama.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China