Cari:
Xi Jinping Tiba Quito, Mulakan Lawatan Negara ke Ecuador
2016-11-18 11:59:47 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping telah tiba Quito semalam waktu tempatan untuk memulakan lawatan negara di Ecuador.

Presiden Ecuador, Rafael Correa Delgado telah mengadakan majlis yang meriah di Lapangan Terbangsa Antarabangsa Mariscal Sucre untuk menyambut kedatangan Presiden Xi.

Xi Jinping berkata bahawa beliau amat gembira mengadakan lawatan ke Ecuador, yakni "negara khatulistiwa" yang indah permai. Ecuador merupakan negara yang penting di kawasan Amerika Latin. Hubungan China-Ecuador telah mencapai perkembangan yang menakjubkan.

Ini merupakan kali pertama Presiden China melawat ke negara itu sejak terjalinnya hubungan diplomatik kedua-dua negara. Beliau datang dengan membawa persahabatan rakyat China dan hasrat baik untuk mengembangkan hubungan kedua-dua negara.

Beliau berkata, beliau menanti-nantikan pertemuan dengan pemimpin Ecuador, membincangkan hubungan bilateral dan isu yang menarik perhatian bersama. Beliau yakin lawatan kali ini pasti akan mencapai hasil yang menggalakkan, membina jambutan kerjasama persahabatan yang kukuh dan meneroka masa depan hubungan kedua-dua negara yang lebih cerah.

Presiden Correa mengalu-alukan kedatangan Presiden Xi dan menyatakan bahawa Ecuador kagum dengan pencapaian cemerlang pembinaan negara China. Beliau mengucapkan terima kasih kepada China atas sokongannya kepada pembangunan ekonomi dan masyarakat Ecuador.

Menurut beliau, kedua-dua pihak telah mencapai hasil yang memuaskan dalam kerjasama ekonomi dan perdagangan, sumber tenaga, pertanian, pembinaan infrastruktur dan kewangan. Beliau yakin bahawa lawatan Xi ini pasti akan melonjakkan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China